LOVE YOU MR.ARROGANT by ALIESHA KIRANA
KARYA SENI
Harga Kami : RM13
Harga Asal: RM18
Condition memuaskan
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian
tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga
yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun
impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam
perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang
asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana
ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu
pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah
menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji
sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan
janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan
aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima
kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah
rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari
dipijak-pijak jejaka bongkak itu
sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak
menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya
kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang
berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu
mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup
Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry
Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba
merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia
telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak
dilayan seperti seorang wanita yang bergelar
isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa
rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja
lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi.
Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak
tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
FAQ ivmist product
8 years ago
No comments:
Post a Comment