Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Karnival Buku Pahang 2012 pada 9-18 Mac 2012. Karnival Buku Pahang ini juga dengan kerjasama erat MPH Bookstore. Karnival Buku Pahang 2012 ini turut disokong oleh DRB-HICOM dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Karnival Buku Pahang 2012 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini berlangsung di The Zenith Hotel Kuantan.
Pengunjung ke Karnival Buku Panag 2012 ini akan menikmati diskaun sehingga 70% keatas buku-buku yang terpilih. Pengunjung juga boleh menggunakan Baucer Buku 1Malaysia sema Karnival Buku Pahang 2012 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2938 3818 atau layari MPH Bookonline.
Karnival Buku Pahang 2012
Tarikh: 9-18 Mac 2012
Masa: 11 pagi - 9 malam
Tempat: The Zenith Hotel (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultah Ahmad Shah)
Aktiviti: Pelbagai aktiviti diadakan untuk kanak-kanak, belia dan dewasa.
Antara buku yang akan menjadi tumpuan adalah buku ' A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang berharga RM100.00 dan mengandungi 800 halaman serta mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Buku ini mengandungi 62 bab. Buku ini telah dijual sebanyak 253 buah pada hari pelancarannya.
No comments:
Post a Comment