RB19
SOLD
Usai Aku Terima Nikahnya
Umie Nadzimah
Harga Asal : RM19
Harga Kami : RM17
*****best! amat suka watak Khalis..
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
Sedutan 1 : Muka Surat 53
"Is, apa yang kau kedekut sangat tentang Puteri tu? Bagilah aku nombor telefon dia".
"Engkau nak buat apa Khal ? Dia tu sepupu aku. Masih budak lagi. Tak sesuai untuk kau. Banyak lagi gadis educated kat luar sana untuk kau Khal".
"Alaah...Kau ni. Tak sangka pula perangai macam ni. Macam tak suka aje aku nak approach dia . Heh....Is, kau pun tahu aku bukan gay , tapi bukan semua perempuan aku minat. Sepupu kau tu ada aura. Lain. Ada tarikan pada aku. Eh... Aku ni tak cukup hebat ke jika nak jadi sepupu ipar kau ?".
"Sebab engkau cukup hebatlah aku takut Khal. Puteri tu naif budaknya. Kau pun nampak hari itu, dia tu lurus saja. Aku takut orang main-mainkan dia"
" Sampai hati kau Is. Takkanlah aku nak buat yang bukan-bukan. Kau pun kenal hati budi aku kan ? Kita ni dah lama berkawan, takkan berkira sangat. Aku bukan minta kau yang tidak munasabah, sekadar contact number dia sahaja.Yang lain-lain tu aku pandai-pandailah uruskan sendiri. Sekali-kali tak akan menyusahkan kau lagi. Please...Is?"
Sedutan 2 : Muka Surat 219
"Abang Khal, kak. Puteri ada satu permintaan"
" Apa dia ? Semua abang akan tunaikan untuk Puteri".
" Jangan bagi tahu Abang Is , yang Puteri mengandung ya ?"
"Kenapa pula ? Bukankah dia berhak tahu ?"
"Betul tu Puteri, patutnya kena bagi tahu Iskandar, biar dia bertanggungjawab sikit".
"Puteri tak nak dia balik pada Puteri di sebabkan anak. Puteri tak nak dia terpaksa. Jika dia sayang Puteri, dia akan balik dengan ikhlas untuk Puteri, bukan sebab anak. Tapi jika dia sudah ada orang lain, Puteri tak mahu anak ni menyekat kebahagiaan dia.
No comments:
Post a Comment